Keronsang dan rantai mutiara Sabah

Tuesday, 13 October 2015

Keistimewaan Produk Mutiara Sabah

By on 01:43
Mutiara air masin (saltwater pearl) yang berbentuk bulat dengan warna peach, hitam dan putih dianggap paling eksklusif dan tinggi nilainya kerana kesukaran untuk mendapatkannya, tiramnya diternak secara komersial dan cara pemprosesan yang berbeza.



Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Berbanding mutiara air tawar yang mempunyai bentuk seperti jagung, ubi kentang dan beras, sumbernya banyak, jadi harganya lebih murah.

Ada gak mutiara buatan dipanggil Mutiara Swarovski yang diperbuat daripada gabungan mutiara sintetik dan kristal buatan syarikat Swarovski. Nampak la mutiara ini ada warna-warna kristal sikit.

Difahamkan, kalau nak tau samaada mutiara asli atau palsu ialah dengan mengambil 2 biji mutiara kemudian geselkan.

Kalau bunyi macam berpasir, asli la tu sebab mutiara ni ada lapisan kalsium.

Kalau semasa digeselkan berasa licin, tiruan la tu.

0 comments:

Post a Comment